Emak

Ibu adalah seorang ratu dan insan yang lemah lembut serta mempunyai kasih sayang kepada anak-anak dan suami tercinta. Saya gelar dia sebagai emak. Emak saya begitu tabah sekali menempuhi dugaan hidup. Selepas pemergian arwah Abah, Mak menjadi wanita yang cekal dan tabah dalam hidupnya. Saya nak menjadi seperti Mak juga dan kuat menepuhi dugaan dengan sabar sekali.

         Sewaktu kami semua kecil dia yang menjaganya. Dulu masa kecil mak begitu garang sekali, tetapi selepas kita orang dah meningkat dewasa dia jadi tempat bergurau dan mengadu. Mak banyak bagi nasihat kat kita orang. Dia ambil berat sangat dengan anak dia. Dengan siapa anak dia berkawan. Okay tak kawan tu. Mak memang nak tahu perkembangan anak dia. Saya suka mak saya. Tapi ada setengah anak mungkin rimas bila mak nak ambik tahu perihal peribadi anak dia orang. Saya dah nampak pada ex saya sendiri. 

            Mak banyak berusaha untuk melihat anak-anak dia berjaya. Sanggup ambil anak dia dari sekolah tak kira panas atau hujan. Dia akan menempuhinya asal anak-anak dia berjaya. Mak saya masak sedap. Dia tau apa anak dia suka dan faham sikap anak-anak dia. Takkan seorang ibu tak faham anak dia macam mana? Betul tak? Selalunya naluri ibu adalah betul. Bila mak cakap jangan buat macam tu, Kalau buat dapat padahnya. Mak selalu menjaga anak-anaknya supaya anak dia tak buat silap.

            Walaupun anak dia ada buat kesilapan dia tetap bagi peluang untuk anaknya berubah. Ada setengah ibubapa dah lama buang anak yang tak guna dalam kehidupan dia orang. Mak paling sabar menepuhi kehidupan dia walaupun dia kecewa. Mak cuba gembirakan hatinya sendiri sama seperti saya juga. Hiburkan hati dengan buat kerja lain. Mak selalu bimbing anak-anak dia dan mengajar anak dia jangan buat macam tu kat orang lain. Doakan pada Allah semoga Allah akan membalaskan apa yang dilakukan pada diri kita. Tu la yang dipesan kepada saya.

            Mak cakap lagi" Tak apa dia buat kita macam tu, suatu hari nanti ada orang akan membalasnya. Percayalah." Saya pun mengharap benda ni akan di balas dengan keadilan. Allah maha Adil. Dia tahu apa yang benar. Dia akan lindungi orang yang teraniaya ni. Mak banyak habiskan masa dengan anak-anak dia sejak arwah abah pergi. Mak orang paling tabah dan sabar menghadapi dugaan ni.Saya dan adik-beradik yang lain sayangkan mak.

No comments:

Post a Comment