Abah

Saya ada seorang ayah yang begitu penyayang dengan keluarganya. Saya panggil dia Abah. Dia insan aku paling sayang sekali. Sekarang ni dia dah tak ada. Tinggal saya, mak, along dan tiga orang adik beradik lain. Nama arwah ayah saya adalah Abdullah bin Assim. Abah seorang yang rajin dan sabar dalam hidupnya. Abah saya sangat tegas dalam apa pun urusan. Dia paling benci orang menipu dia. Kalau saya ada masalah dia akan tolong saya. Saya tak boleh minta tolong dengan orang lain. Saya akan minta tolong dengan dia or senang cerita minta tolong dari keluarga saya. Dia selalu pesan jangan pinjam barang orang. Kalau nak guna beli sendiri. Sebab barang tu akan kita gunakan balik semula.. 

         Arwah selalu mendiamkan diri bila dia ada masalah. Tapi arwah Abah adalah ayah paling baik dan hero kita orang semua. Kepergiaan dia bukan bermakna dia tak ada di sisi kita orang. Dia sentiasa ada dan saya boleh merasakannya. Arwah Abah selalu utamakan isteri dia dan anak dia. Dia sanggup korbankan duit dia untuk memenuhi kehendak anak-anaknya. Dia sangat sayang kat anak-anak dia walaupun kitaorang buat perangai. Emak saya banyak mempengaruhi hidupnya. Dia sangat mencintai emak dan dia juga sayang sangat dengan emak. Kenangan besama dengan arwah Abah takkan saya lupakan.

         Arwah akan bekerja sungguh-sungguh sebab nak bayar balik hutang kereta. Kalau ikutkan hati dia memang arwah dah penat. Tapi masa tu anak-anak dia masih kecik lagi dan belum ada kerja. Sekarang ni dah dua orang anak dia dah bekerja. Tapi saya tak sempat nak bagi hadiah dari hasil titik peluh saya. Yang saya mampu hanya belanja dia makan yang dia nak makan. Teringat masa kerja bersama dia. First time gaji arwah Abah bawa saya pergi ke sebuah kedai dan kemudian dia cakap " Angah belanja Abah ye?". Saya pun balas " Boleh je, No problem la? Nak makan apa?". Itu kenangan yang tak boleh saya lupakan. Dia sanggup tunggu anak dia walaupun dia keluar awal. Banyak pengorbanan dia kepada saya dan adik beradik yang lain.

          Arwah Abah paling bahagia bila dia dapat tau saya dapat masuk Universiti. Saya tau itu impian dia nak tengok salah sorang anaknya nak masuk Universiti. Saya tunaikan hasrat dia. Nak juga tengok dia bangga juga sebab anak dia pun ada masuk universiti. Saya sanggup belajar bersungguh-sungguh untuk buktikan pada orang yang keluarga aku tak ada yang bodoh. Ada juga yang pandai. Yang terbaru ni, adik Saya Kila pula nak ikut jejak langkah saya juga. Harap-harap dia dapat masuk UPSI dan tunaikan permintaan arwah Abah nak melihat sorang dari anak dia jadi Cikgu / Guru. Harap-harap doa arwah Abah termakbul. Amin

         Dia sanggup didik anak dia, walaupun ada yang nakal supaya hidup jadi manusia yang berjaya dan boleh fikir masa depan. Arwah abah ada cakap " Ini engkau orang belajar untuk kesenangan kau masa depan. Abah tak pe duduk kat sini dengan mak. Abah nak tengok engkau orang senang nanti ". Arwah abah banyak bagi inspirasi pada kami semua. Saya tak nak dia kecewa tapi saya dah buat dia kecewa. Arwah Abah banyak bagi galakkan pada anak-anak dia. Lagi-lagi soal dalam pendidikan. Dia hantar kami kesekolah agama untuk tahu selok belok pasal agama.

          


No comments:

Post a Comment