Along

Anak pertama dalam keluarga ni adalah abang saya yang bernama Mohd Arzuan. Selepas kepergian Abah, Along la yang melaksanakan tugas abah semua. Sekarang tanggungjawab dia semakin berat. Dia lah abah baru kita orang. Apa-apa masalah sekarang ni akan dingadu pada dia. Along pun ada sifat macam arwah. Barang yang boleh diguna akan disimpan. Rasa menyemak pula tapi tu la satu-satu perangai yang saya nampak diri along yang sama dengan abah. Along juga seorang yang tegas dan boleh fikir jauh. Sama macam arwah Abah juga. 

        Along taraf pendidikan sampai diploma dan bekerja di kilang sebagai technician. Dia bersungguh-sungguh bekerja untuk dapatkan duit. Along pun rapat dengan arwah juga. Apa-apa masalah akan di cerita pada arwah. Kita orang tak de rahsia pada ibu bapa. Semua masalah akan diberitahu dan dikongsi untuk diselesaikan bersama-sama. Sampai pihak lain pun cemburu juga dengan keluarga kita orang.