Angah @ Saya

Saya anak kedua. Gelaran saya dalam keluarga adalah angah. Nama saya Nur Aniza Binti Abdullah. Saya seorang pendiam, suka menangis dan sangat ceria. Saya masa kecil selalu di marah. Yelah kenakalan saya untuk bermain kat luar sana tu. Nak ikut along bermain. Panjat pokok dengan jiran yang sebaya or bawah umur sampai jatuh dari pokok. Saya ni mudah ikut kata orang tua. Apa disuruh akan dibuat. Saya sekarang ni baru je menamatkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia tapi Konvo belum lagi.

            Saya dalam diam tapi berisi. Saya ni macam manja dengan mak dan abah tapi boleh la juga dikatakan macam tu. Hehehe... Tapi saya pun pernah melakukan kesilapan pada mak dan arwah abah. Saya tak de niat nak buat macam tu tapi sebabkan sayang, dia macam dah menjauhi dari aku pula. Menyesal sangat-sangat. Keluarga saya dah macam-macam tempuh dugaan tapi keluarga dia belum lagi duk kecapi kebahagiaan. Walaupun saya dan yang lain di duga macam tu tapi saya tempuh dengan sabar. Saya tau memang perit nak tunggu kebahagian buat masa ni. Orang tua pernah berkata biar hidup kita menderita pada masa ni, nanti kita akan dapat juga kecapi kebahagiaan yang diinginkan.

            Saya baru saja hilang ayah dan kekasih yang disayang. Tapi nak buat macam mana, saya kena juga harungi juga kehidupan ni dengan sabar. Yang hidup akan mati. Yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita sebab dia sayang orang lain. Sekarang saya dalam proses nak melupakan dia. Saya tau memang susah nak melupakan. Saya tak mengharap dia akan jadi suami saya sebab dia dan family dia bukan jenis yang boleh berurusan. Sampai akak dia dan dia cakap saya ni perempuan gila. Ye memang saya gila buat masa ni tapi saya tetap bersabar dengan dia. Terima kasih sebab tambah beban derita saya ini. 

           Saya cuba harungi semua dugaan ini dengan sabar. Saya nak sangat lupakan dia. Saya perlukan kekuatan untuk menempuhi dalam seorang diri. Saya tau dia dah ada pangkat so boleh belagak dengan saya ni. Saya kan perempuan sial dan banggang dan gila. Tengok la masa arwah meninggal dia tak datang pun. Saya bukan nak mengharap sangat. Tapi saya nak juga dia rasa kesedihan yang saya rasa sekarang ni. Tapi dia macam dah tak sukakan saya lagi. Buat apa nak paksakan??

              Saya rasa macam malas je nak pergi konvo tu. Yelah arwah dah tak de. Rasa tak seronok pula. Saya rindu kat arwah sangat-sangat. Hari ini hari keluarga saya, esok lusa siapa taukan? Tak semestinya tiap-tiap hari gembira je, mesti ada juga perasaan sedih dan sakit ati tu. Nak Patah balik tak guna sebab semua dah berlaku. menyesal pun tak guna. Cuma boleh mengadu kat Allah dan mak aje. So sad now. I hope saya dapat lelaki yang soleh, boleh jaga diri saya ni dan boleh bersabar dan mengalah dengan saya.